SYARAT PERTANDINGAN:
1. Pertandingan adalah UMUM dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas.
2. Penyertaan adalah PERCUMA.
3. Tema pertandingan ialah “TEMERLOHKU” yang meliputi antara aspek berikut:-
• Alam semula jadi
• Manusia
• Budaya
• Makanan
• Bangunan
• serta elemen yg melambangkan Temerloh
4. Setiap penyertaan hendaklah disertakan borang yang dilengkapi Nama, Alamat, No.Kad Pengenalan , Nombor Telefon dan Emel untuk dihubungi.
5. Tempoh masa untuk para peserta menghantar penyertaan bagi pertandingan ini adalah dari 11 September hingga 11 November 2022.
6. Foto-foto yang diambil mestilah merupakan foto yang terkini (Dari 11 Sep – 11 Nov), berunsurkan tema “TEMERLOHKU” serta menonjolkan keistimewaan Daerah Temerloh. Setiap peserta boleh menghantar maksimum 5 keping foto untuk setiap penyertaan, tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja yang boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.
7. Tema pertandingan ialah “Temerlohku” dan interpretasi para peserta adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema asas.
8. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital, telefon kamera & drone
9. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta sendiri.
10. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
11. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
12. Para peserta dibenarkan untuk mengambil foto dengan menggunakan sudut-sudut yang terbaik di sekitar kawasan Temerloh.
13. Semua penyertaan yang dihantar adalah HAK MILIK pihak penganjur. Ia akan digunakan bagi tujuan pameran, promosi seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan ’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1. Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi dimuat naik ke link
https://bit.ly/Temerlohku2022 dengan format jpeg serta saiz gambar penyertaan
maksimum 1MB sebelum 11 November 2022 jam 11:59 malam
PERTANDINGAN FACEBOOK LIKE
1. Penyertaan yang terpilih akan dimuat naik di Laman Sosial Media Facebook: https://www.facebook.com/MZECDevelopment pada 18 Nov 2022. Pemenang akan
dipilih berdasarkan jumlah LIKE sehingga 2 Dec 2022 jam 6.00 Petang.
HADIAH
1. Hadiah disediakan
Johan : Digital Camera ZV-1
Naib Johan : WF-H800 – h.ear in 3 Wireless Headphones
Tempat Ketiga : WI-C400 Wireless In-ear Headphones
Saguhati x 10 : WI-C200 Wireless In-ear Headphones
2. Hadiah Facebook Like
Johan : WF-C500 Truly Wireless Headphones
Naib Johan : WH-CH510 Wireless Headphones
Saguhati x 5 : WI-C200 Wireless In-ear Headphones